ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN VII - PEMELUKAN AGAMA ISLAM



Seksyen 110. Kesalahan memberi maklumat palsu.

Seseorang yang pada masa memohon untuk didaftarkan di bawah seksyen 106 atau sebagai jawapan kepada sesuatu permintaan untuk maklumat atau keterangan yang dibuat oleh Pendaftar Muallaf di bawah seksyen itu, dengan sengaja memberi kepada Pendaftar Muallaf apa-apa maklumat atau keterangan palsu atau yang mengelirukan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.