ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN VIII - AM



Seksyen 211. Maklumat, keterangan atau pengakuan palsu

Barang siapa yang dengan sengaja memberi apa-apa maklumat, keterangan atau pengakuan secara lisan atau bertulis yang palsu dalam apa-apa perkara jika dia dikehendaki memberi maklumat, keterangan atau pengakuan sedemikian oleh peruntukan Enakmen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.