ENAKMEN 13 TAHUN 1984
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1984

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 50. Taat balik

(1) Seseorang suami boleh memohon kepada Mahkamah supaya diperintahkan isterinya yang lari atau tidak bersekedudukan dengannya, taat balik kepadanya mengikut Hukum Syara'.

(2) Seseorang isteri yang dibiarkan oleh suaminya dan tidak bersekedudukan dengannya boleh menerangkan kepada Mahkamah bahawa ianya bersedia taat balik dan memohon kepada Mahkamah supaya diperintahkan suaminya mengambilnya balik bersekedudukan mengikut Hukum Syara'.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.