ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA



Seksyen 16. Kehadiran bukan anggota dalam mesyuarat Majlis.

(1) Jika seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 10(1)(c) atau subseksyen 10(4) tidak dapat menghadiri sesuatu mesyuarat Majlis, anggota itu boleh diwakili oleh mana-mana pegawai beragama Islam di Jabatan atau Bahagian yang sama dengannya dalam mesyuarat itu.

(2) Pengerusi boleh menjemput mana-mana orang yang bukan anggota Majlis untuk hadir dalam mana-mana mesyuarat Majlis, jika urusan di hadapan mesyuarat itu menyebabkan kehadiran orang itu dikehendaki.

(3) Seseorang yang dijemput menghadiri mesyuarat di bawah subseksyen (1) atau (2) berhak mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian Majlis, tetapi tidak berhak mengundi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.