ENAKMEN 18 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN 1 - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH AM
Pernyataan yang dibuat di bawah Hal Keadaan Khas



Fasal 26. Pernyataan tentang mana-mana undang-undang yang terkandung dalam buku undang-undang ialah qarinah

Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang undang-undang mana-mana negera, apa-apa pun pernyataan mengenai undang-undang itu yang terkandung dalam sesuatu buku yang berupa sebagai dicetak atau diterbitkan dengan kuasa Kerajaan negara itu, dan mengandungi mana-mana undang-undang sedemikian, dan apa-apa laporan mengenai sesuatu keputusan mahkamah negara itu yang terkandung dalam buku yang berupa sebagai laporan mengenai keputusan itu, ialah qarinah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.