ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN 'ADAT MELAYU PERAK



Seksyen 8. Kuasa untuk menubuhkan perbadanan.

(1) Majlis boleh, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan dari semasa ke semasa dengan perintah yang disiarkan dalam Warta, menubuhkan perbadanan dengan apa-apa nama yang pada pendapat Masjid adalah sesuai untuk menjalankan dan dipertanggungjawab dengan, bertindak dan menguruskan apa-apa projek, skim atau pengusahaan yang telah dirancangkan atau dijalankan oleh Majlis dalam melaksanakan kewajipan-kewajipan atau kuasa-kuasanya di bawah seksyen 7.

(2) Apabila Majlis menubuhkan suatu perbadanan di bawah subseksyen (1), Majlis hendaklah, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, melalui perintah yang sama atau perintah yang lain membuat peruntukan berhubung dengan pertubuhan itu yang menetapkan--

(3) Peruntukan-peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi sesuatu perbadanan yang ditubuhkan oleh Majlis di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.