ENAKMEN 11 TAHUN 2004
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 2004

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 3 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 103. Tatacara Mahkamah sekiranya soalan ditanya tanpa alasan yang munasabah.

Jika Mahkamah berpendapat bahawa mana-mana soalan seperti yang disebut dalam seksyen 101 telah ditanya tanpa alasan yang munasabah, maka Mahkamah boleh, jika soalan itu telah ditanya oleh seorang Peguam Syar'ie, melaporkan hal keadaan kes itu kepada Mahkamah Syariah Negeri Sabah atau pihak berkuasa yang lain yang kepadanya Peguam Syar'ie itu tertakluk dalam menjalankan profesionnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.