ENAKMEN 13 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003
BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 1 - DARIHAL BIDANG KUASA MAHKAMAH DALAM PERBICARAAN
Seksyen 70. Jika tempat kejadian kesalahan tidak dapat ditentukan
Jika—
(a)
tidak dapat ditentukan di dalam yang manakah daripada beberapa kawasan tempatan sesuatu kesalahan itu telah dilakukan;
(b)
sesuatu kesalahan dilakukan sebahagiannya dalam satu had bidang kuasa tempatan dan sebahagiannya dalam had bidang kuasa tempatan yang lain;
(c)
sesuatu kesalahan ialah kesalahan berterusan dan terus dilakukan di dalam lebih daripada satu had bidang kuasa tempatan; atau
(d)
kesalahan itu terdiri daripada beberapa perbuatan yang dilakukan dalam had bidang kuasa tempatan yang berlainan,
maka kes itu boleh didengar oleh Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa dalam mana-mana had bidang kuasa tempatan tersebut.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.