ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN IV - PENALTI DAN PERUNTUKAN PELBAGAI BERHUBUNG DENGAN AKAD NIKAH DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 38. Akuan atau pernyataan palsu untuk mendapatkan perkahwinan

Mana-mana orang yang, bagi maksud mendapatkan suatu perkahwinan dilakukan di bawah Enakmen ini, dengan sengaja membuat sesuatu akuan atau pernyataan yang palsu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.