ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Permulaan kepada Perkahwinan.



Seksyen 18. Tempat perkahwinan.

(1) Tiada perkahwinan boleh diakadnikahkan kecuali dalam kariah masjid di mana pihak perempuan bermastautin, tetapi Pendaftar atau Hakim Syarie yang memberi kebenaran untuk berkahwin di bawah seksyen 15 atau 16 boleh memberi kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikah di tempat lain, sama ada dalam Negeri atau dalam mana-mana Negeri lain.

(2) Kebenaran di bawah subseksyen (1) bolehlah dinyatakan dalam kebenaran berkahwin yang diberi di bawah seksyen 15 atau 16.

(3) Walau apa pun subseksyen (1), sesuatu perkahwinan itu boleh diakadnikahkan dalam kariah masjid yang lain daripada kariah masjid di mana pihak perempuan bermastautin jika-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.