ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994
BAHAGIAN II - BUKTI
BAB IV - KETERANGAN LISAN
Seksyen 47. Keterangan lisan mestilah secara terus.
(1) Keterangan lisan hendaklah dalam apa jua hal pun diberi secara terus iaitu-
(a)
jika ia berkenaan dengan sesuatu fakta yang boleh dilihat, maka ia mestilah keterangan saksi yang menyatakan dia telah melihatnya;
(b)
jika ia berkenaan dengan sesuatu fakta yang boleh didengar, maka ia mestilah keterangan saksi yang menyatakan dia telah mendengarnya;
(c) jika ia berkenaan dengan sesuatu fakta yang boleh difahami melalui sesuatu pancaindera lain atau dengan apa-apa cara lain, maka ia mestilah keterangan saksi yang menyatakan dia telah memahaminya dengan pancaindera itu atau dengan cara itu;
(d)
jika ia berkenaan dengan sesuatu pendapat atau alasan-alasan yang menyebabkan pendapat itu dipegang, maka ia mestilah keterangan orang yang memegang pendapat itu atas alasan-alasan tersebut.
(2) Pendapat pakar yang dinyatakan di dalam buku ilmiah yang biasanya ada dijual dan alasan bagi memegang pendapat itu boleh dibuktikan dengan mengemukakan buku ilmiah itu.
(3) Jika keterangan lisan merujuk kepada kewujudan atau keadaan sesuatu benda yang lain daripada dokumen, maka Mahkamah boleh, jika ia fikirkan patut, menghendaki benda itu dikemukakan untuk pemeriksaannya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.