ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN VII - KEWANGAN BAlTULMAL



Seksyen 86. Anggaran tahunan.

Majlis hendaklah menyediakan dan mempersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan tidak lewat dari 31 haribulan Oktober setiap tahun, anggaran kesemua pendapatan dan perbelanjaan Baitulmal termasuk di dalamnya anggaran segala harta dalam apa jua bentuk yang boleh diterima dan boleh dilupuskan, berkenaan dengan tahun yang berikutnya. Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Menteri Besar boleh meluluskan anggaran itu atau boleh mengarahkan supaya ia dipinda. Apabila telah diluluskan atau dipinda sedemikian anggaran tersebut hendaklah disiarkan dalam Warta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.