ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 168. Penghakiman.

(1) Di akhir pendengaran mana-mana rayuan, Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah, sama ada dengan serta-merta atau kemudiannya pada suatu tarikh yang ditetapkan untuk tujuan itu yang mana notis hendaklah diberi kepada pihak-pihak berkenaan, memberikan penghakiman dalam Mahkamah terbuka.

(2) Di dalam perkara-perkara dan rayuan jenayah, Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah memberi hanya satu penghakiman sahaja yang boleh diumumkan oleh Pengerusi atau oleh mana-mana ahli Mahkamah Rayuan Syariah yang lain sebagaimana yang boleh diarahkan oleh Pengerusi:

Dengan syarat bahawa penghakiman yang berasingan hendaklah diberikan jika Pengerusi menentukan sedemikian.

(3) Penghakiman mana-mana ahli Mahkamah Rayuan Syariah yang tidak hadir boleh dibacakan oleh mana-mana Hakim lain.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.