ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 156. Bidangkuasa Mahkamah Rayuan.

(1) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa mendengar dan memutuskan mana-mana rayuan oleh mana-mana orang yang telah disabitkan atau sebaliknya didapati bersalah atau oleh Pendakwa Syarie terhadap keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah di dalam menjalankan bidangkuasa jenayah asalnya tertakluk kepada Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain yang memperaturkan terma-terma dan syarat-syarat atas mana rayuan jenayah boleh dibuat.

(2) Apabila orang yang dituduh telah mengaku salah dan disabitkan atas pengakuannya itu, tidak ada rayuan boleh dibuat kecuali terhadap kadar atau sahnya hukuman itu.

(3) Suatu rayuan boleh dibuat atas apa-apa persoalan fakta atau undang-undang atau atas kedua-duanya.

(4) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah juga mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan perkara yang dikemukakan mengikut seksyen 170 atau 171.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.