ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1999
BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN
BAB 1 PENYAMPAIAN DALAM BIDANG KUASA
Seksyen 51. Mengeluarkan waran sebagai ganti atau tambahan kepada saman.
Mahkamah boleh, dalam mana-mana hal yang Mahkamah berkuasa mengeluarkan saman bagi kehadiran mana-mana orang, setelah merekodkan alasannya, mengeluarkan waran untuk penangkapannya-
(a)
jika, sama ada sebelum atau selepas saman dikeluarkan tetapi sebelum masa yang ditetapkan bagi kehadirannya, Mahkamah berpendapat ada alasan untuk mempercayai bahawa dia telah melarikan diri atau tidak akan mematuhi saman itu; atau
(b)
jika pada masa itu dia tidak hadir dan saman itu dibuktikan telah disampaikan dengan sempurna dalam masa yang mencukupi bagi memastikan kehadirannya mengikut saman itu dan tiada alasan yang munasabah diberikan bagi ketakhadiran itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.