ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN III - KEWANGAN
ZAKAT DAN FITRAH



Seksyen 49. Kuasa-kuasa Majlis.


(1) Majlis hendaklah berkuasa memungut bagi pihak Yang di-Pertuan Agong, zakat dan fitrah yang kena dibayar di dalam Negeri ini mengikut Hukum Syarak:

Dengan syarat bahawa kuasa itu tidak boleh dijalankan oleh Majlis sehingga satu ketetapan berkenaan dengannya telah diluluskan oleh Majlis.

(2) Setelah Majlis membuat ketetapan di bawah subseksyen (1) seksyen ini dan tertakluk kepada Hukum Syarak, hendaklah menjadi wajib ke atas setiap orang Islam membayar zakat dan fitrah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.