ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN

BAB 1 - DARIHAL MAKLUMAT KEPADA HAKIM DAN PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA



Seksyen 9. Orang awam hendaklah memberikan maklumat tentang perkara tertentu

Tiap-tiap orang yang mengetahui pelakuan atau niat mana-mana orang lain untuk melakukan apa-apa kesalahan hendaklah dengan serta-merta memberikan maklumat kepada Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis yang terdekat tentang pelakuan atau niat itu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.