ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 4 - PROSIDING DALAM KES KESALAHAN TERTENTU YANG MENYENTUH PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 176. Kuasa untuk meremitkan hukuman

Apabila mana-mana Mahkamah telah, di bawah seksyen 173, menghukum seseorang pesalah kerana dia enggan atau tidak melakukan apa-apa jua yang dia telah dengan sah dikehendaki melakukannya atau kerana apa-apa gangguan atau penghinaan yang disengajakan, Mahkamah itu boleh, menurut budi bicaranya, melepaskan pesalah itu atau meremitkan hukuman apabila pesalah itu mematuhi perintah atau kehendak Mahkamah itu atau jika dia meminta maaf sehingga Mahkamah berpuashati.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.