ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB VIII - ADUAN KEPADA HAKIM



Seksyen 75. Menolak aduan.

(1) Hakim yang di hadapannya sesuatu aduan dibuat boleh menolak aduan itu jika setelah memeriksa pengadu itu dan merekodkan pemeriksaan dan menimbangkan hasil siasatan (jika ada) yang dibuat di bawah seksyen 74, pada pendapatnya tiada alasan yang mencukupi untuk diadakan prosiding.

(2) Hakim jika dia menolak aduan itu, hendaklah merekodkan alasan-alasan dia berbuat demikian.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.