ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN II - PERATURAN-PERATURAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB II - MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH



Seksyen 10. Orang awam dikehendaki memberi maklumat atas perkara-perkara yang tertentu.

Tiap-tiap orang yang mengetahui berkenaan dengan berlakunya atau kemungkinan mana-mana juga orang lain melakukan sebarang kesalahan yang boleh dihukum di bawah Enakmen ini, atau mana-mana undang-undang bertulis Hukum Syarak, yang dikanunkan oleh Dewan Undangan Negeri Melaka, hendaklah, kecuali atas sebab-sebab yang munasabah yang mana beban membuktikanya itu adalah tertanggung padanya, dengan segera memberitahu maklumat itu kepada Pemeriksa Agama, pegawai masjid, pegawai polis, atau penghulu yang berdekatan mengenai perkara yang berlaku atau yang mungkin berlaku itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.