ENAKMEN 7 TAHUN 2001
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (TAKZIR) (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN III - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA.



Seksyen 13. Mengeluarkan fatwa.

(1) Tidaklah boleh sesiapa, kecuali Mufti atau Jawatankuasa Fatwa, sama ada secara lisan atau tulisan, membuat dan mengeluarkan Fatwa mengenai Agama Islam atau Hukum Syarak.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.