ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VIII - SURAT GUAMAN



Seksyen 55. Bentuk pembelaan.

(1) Jika defendan menafikan tanggungannya seluruh atau sebahagian dari tuntutan itu ia bolehlah,
(2) Jika defendan hadir di Mahkamah dan menafikan tuntutan plaintif, Mahkamah boleh mengarahkan menyampaikan suatu pembelaan dalam tempoh masa yang diarahkan oleh Mahkamah dan mengenakan apa-apa syarat yang difikirkan perlu.

(3) Jika defendan tidak menyerahkan pembelaannya secara bertulis pada mula-mula ia hadir di Mahkamah dan tidak mahu berbuat demikian tetapi ia ingin menjawab tuntutan itu, maka Mahkamah hendaklah menyelidik dengan menyoal alasan-alasan pembelaannya dan ia tidak boleh membawa alasan-alasan lain dengan tiada izin Mahkamah.

(4) Sesuatu pembelaan boleh dikemukakan dalam Borang 6.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.