ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2 - QARINAH
Iqrar



Seksyen 5. Keterangan boleh diberi mengenai fakta persoalan dan qarinah.

Keterangan boleh diberi dalam mana-mana guaman atau prosiding mengenai wujud atau tidak wujudnya tiap-tiap fakta persoalan dan mengenai fakta-fakta lain yang ditetapkan kemudian daripada ini sebagai qarinah, dan tidak mengenai apa-apa fakta lain.

Huraian - Seksyen ini tidak membolehkan sesiapapun memberi keterangan mengenai sesuatu fakta yang ia tidak berhak membuktikan menurut undang-undang berhubung dengan prosedur mal.

MISALAN

A dituduh memukul B, isterinya, dengan tongkat dengan niat hendak menyeksanya.

Dalam perbicaraan A fakta-fakta yang berikut adalah menjadi persoalan:

A memukul B dengan tongkat itu.

A menyakiti B dengan pukulan itu dengan niat hendak menyeksa B.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.