ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN I - PERKAITAN
Bab II - QARINAH



Seksyen 15. Nyataan-nyataan berkenaan dengan soal sama ada perbuatan dilakukan dengan tidak sengaja atau dengan sengaja.

Apabila ada soal sama ada sesuatu perbuatan telah dilakukan dengan tidak sengaja atau dengan sengaja atau dilakukan dengan sesuatu pengetahuan atau niat yang khusus, maka nyataan bahawa perbuatan itu adalah satu daripada siri kejadian seumpamanya dalam tiap-tiap satunya orang yang melakukan perbuatan itu ada terlibat adalah qarinah.

MISALAN

"A" telah ditugaskan menerima zakat sebagai Amil dari orang ramai. Adalah menjadi kewajipan "A" membuat catatan di dalam sebuah buku bagi menunjukkan banyaknya wang yang telah diterimanya. Ia membuat suatu catatan menunjukkan bahawa suatu masa tertentu ia telah menerima kurang daripada yang sebenar diterima olehnya.

Soalnya ialah sama ada catatan palsu ini telah dibuat dengan tidak sengaja atau sengaja. Nyataan-nyataan bahawa catatan lain yang dibuat oleh "A" dalam buku yang sama adalah palsu dan dalam tiap-tiap kes adalah menguntungkannya adalah qarinah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.