ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB V
Waran Geledah



Seksyen 46. Hakim bolehlah mengeluarkan waran memberi kuasa menggeledah untuk mendapatkan keterangan mengenai kesalahan.

Jika seorang Hakim hasil daripada maklumat dan penyiasatan sebagaimana yang difikirkan perlu, mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa sesuatu benda yang berhubung atau berkaitan dengan kesalahan yang telah dilakukan atau apa-apa keterangan atau benda yang perlu bagi penyiasatan terhadap mana-mana kesalahan boleh didapati di mana-mana tempat. Hakim itu bolehlah dengan waran, memberi kuasa kepada orang yang diarahkan itu memasuki, dengan bantuan sebagaimana dipinda, dan menggeledah tempat itu untuk mendapat keterangan atau benda tersebut, dan jika sesuatu yang digeledah itu ditemui, menyitanya dan membawakannya ke hadapan Hakim yang mengeluarkan waran itu atau Hakim yang lain untuk diselesaikan mengikut undang-undang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.