ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVI - RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 153. Perakuan dan akibat penghakiman.

(1) Apabila sesuatu kes rayuan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di bawah Bab ini, ia hendaklah memperakukan penghakimannya atau perintahnya kepada Mahkamah di mana pendapat, hukuman atau perintah yang mana rayuan terhadapnya dibuat telah direkodkan atau dijatuhkan.

(2) Jika sesuatu rayuan itu tidak ditolak, perakuan itu hendaklah menyebut alasan-alasan yang mana rayuan telah dibenarkan atau keputusan Mahkamah Rendah Syariah telah diubah.

(3) Mahkamah yang mana Hakim Mahkamah Tinggi Syariah memperakukan penghakiman atau perintahnya hendaklah kemudiannya membuat apa-apa perintah yang selaras dengan penghakiman atau perintah dari Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan, jika perlu, rekodnya hendaklah dipinda supaya selaras dengannya.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.