ENAKMEN 3 TAHUN 1987
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1987

BAHAGIAN IV - PENALTI DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNG DENGAN PENGAKADNIKAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 40. Kesalahan-kesalahan berhubung dengan pengakadnikahan perkahwinan.


(1) Seseorang yang dengan diketahuinya mengakadnikahkan atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai mengakadnikahkan atau menjalankan upacara sesuatu perkahwinan-


adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau denda dan penjara itu kedua-duanya.

(2) Seseorang yang berkahwin atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai akadnikah atau yang menjalani sesuatu cara akadnikah dengan sesiapa jua berlawanan dengan mana-mana peruntukan Bahagian II adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau denda dan penjara itu kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.