ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI MELAKA) 2005

BAHAGIAN IX - PERUNTUKAN AM



Seksyen 47. Hak Akses.

(1) Pendaftar Wakaf atau Penolong Pendaftar Wakaf atau mana-mana pekhidmat Majlis, hendaklah pada setiap masa yang munasabah, mempunyai akses bebas untuk memasuki semua tanah, bangunan atau premis yang telah terletak hak sebagai wakaf kepada Majlis bagi maksud melaksanakan peruntukan Enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.