ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 6 - BEBAN MEMBUKTI



Seksyen 77. Beban membuktikan bahawa kes orang yang dituduh adalah termasuk di dalam kecualian.

Apabila seseorang dituduh atas sesuatu kesalahan, maka beban membuktikan wujudnya hal-keadaan yang membawa kes itu termasuk di dalam kecualian am mana-mana undang-undang atau di dalam mana-mana kecualian khas atau proviso yang terkandung dalam mana-mana bahagian undang-undang itu adalah terletak atasnya, dan Mahkamah hendaklah menganggapkan hal-keadaan yang tersebut itu sebagai tidak ada.

MISALAN

(a) A dituduh bersekedudukan dengan B. Pendakwa membawa keterangan bahawa A telah pun menceraikan B, isterinya.

A mendakwa bahawa ia dipaksa menceraikan isterinya.

Beban membuktikan bahawa ia dipaksa itu terletak atasnya.

(b) C dituduh melakukan persetubuhan secara haram dengan D. C mendakwa bahawa ia telah pun bernikah dengan D di negara asing.

Beban membukti pernikahan itu terletak ke atasnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.