ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN MARUAH AGAMA DAN INSTITUSINYA



Seksyen 25. Tidak membayar zakat atau fitrah.

(1) Sesiapa yang dikenakan membayar apa-apa zakat atau fitrah enggan atau dengan sengaja gagal untuk membayar zakat atau fitrah itu adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(2) Sabitan di bawah seksyen ini hendaklah tidak berkuasa untuk menghapuskan liabiliti tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.