ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVIII - DARIHAL PENYEMAKAN



Seksyen 176. Perintah penyemakan.

Jika sesuatu kes disemak di bawah Bab ini oleh Mahkamah Tinggi Syariah, ia hendaklah memperakukan keputusannya atau perintahnya kepada Mahkamah Rendah Syariah yang mana pendapat, hukuman atau perintah yang telah disemak itu telah direkodkan atau dijatuhkan dengan menyatakan, bahagian mana pendapat, hukuman atau perintah itu telah diubah, alasan pengubahan itu; dan Mahkamah yang mana keputusan atau perintah diperakukan hendaklah seterusnya membuat perintah yang selaras dengan keputusan atau perintah yang diperakui itu dan, jika perlu, rekodnya hendaklah dipinda supaya selaras denganya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.