ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN IV - PERKARA-PERKARA KEWANGAN
Kumpulan Wang Majlis



Seksyen 138. Kumpulan Wang Majlis.

(1) Segala hartabenda, pelaburan, dan kumpulan wang, termasuklah kumpulan wang yang sebelum ini menjadi Bait-ul-Mal dan baki kumpulan wang daripada kumpulan wang Zakat, yang terletakhak dari semasa ke semasa pada Majlis bagi maksud-maksud Enakmen ini, selain daripada-

hendaklah menjadi Kumpulan Wang Majlis dan hendaklah dipegang oleh Majlis sebagai amanah bagi maksud-maksud khairat untuk bantuan dan kemajuan Agama Islam atau untuk faedah orang-orang Islam menurut Hukum Syara' sebagaimana Duli Yang Maha Mulia Sultan, dengan nasihat Majlis, mendapati dari semasa ke semasa patut.

(2) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1)-

(3) Wang-wang yang didapati daripada punca-punca yang tersebut dalam subseksyen (1) (b) hendaklah dikreditkan kepada hasil Negeri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.