ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN IV - KESALAHAN-KESALAHAN LAIN



Seksyen 84. Masjid dan madrasah yang tidak diluluskan.


(1) Sesiapa yang mendirikan sesebuah masjid atau mewakafkan atau dengan jalan yang lain menggunakan sesebuah bangunan yang ada, atau kerana tujuan sesebuah masjid, dengan tiada kebenaran bertulis daripada Majlis, adalah merupakan suatu kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga puluh enam bulan atau kedua-duanya sekali dan Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya bangunan itu diruntuhkan.

(2) Sesiapa jua yang menyertai sesuatu sembahyang Jumaat mengetahui bahawa tiada kebenaran bertulis bagi mengadakan sembahyang tersebut di masjid atau mana-mana tempat lain yang telah diberi oleh Majlis adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.