ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN.
BAB 9 - MEMPASTIKAN KEBENARAN KETERANGAN SAKSI



Seksyen 126. Penafian ke atas saksi.

Apabila pihak kena tuntut atau kena dakwa telah menafikan (ta'n) ke atas saksi sama ada sebelum atau selepas membuat pemeriksaan dengan mengemukakan sesuatu yang menghalang penerimaan keterangan, Hakim hendaklah memintanya memberi keterangan.

Huraian-Apabila pihak kena tuntut atau pihak kena dakwa membuktikan apa yang ia kata dengan keterangan, Hakim hendaklah menolak keterangan saksi tersebut. Sebaliknya jika pihak kena tuntut atau pihak kena dakwa gagal membuktikan apa yang ia kata, Hakim hendaklah meneruskan pemeriksaannya jika ia belum berbuat demikian dan memberi keputusan mengikut keterangannya jika ia telah membuat pemeriksaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.