ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG



Seksyen 38. Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan fatwa.

(1) Mufti boleh atas daya usahanya sendiri atau atas permintaan daripada mana-mana orang yang dibuat melalui surat yang dialamatkan kepada Mufti, atau atas perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, meminda, mengubahsuai atau membatalkan mana-mana fatwa yang dikeluarkan olehnya atau oleh mana-mana Mufti terdahulu daripadanya.

(2) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan ke atas sesuatu fatwa hendaklah dianggap menjadi fatwa dan peruntukan-peruntukan subseksyen (2), (3) dan (4) seksyen 36 dan subseksyen (2) seksyen 37 hendaklah terpakai.

(3) Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah menyebut bahawa ia dibuat menurut peruntukan subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.