ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXI - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 171. Bila seorang boleh dilepaskan atas jaminan.


(1) Apabila seseorang telah ditangkap atau ditahan tanpa waran oleh Penyelia Ugama atau pegawai polis atau hadir atau dibawa di hadapan Mahkamah dan dia sedia pada masa dia ditahan itu atau pada mana-mana peringkat pembicaraan memberi jaminan, maka orang itu hendaklah dilepaskan atas jaminan oleh Penyelia Ugama yang tidak kurang daripada Pangkat Pembantu Hal Ehwal Ugama Islam Tingkatan Biasa atau Ketua Polis Balai atau oleh pegawai polis yang tidak kurang daripada pangkat Koperal atau oleh Mahkamah itu.

(2) Penyelia Ugama atau pegawai polis atau Mahkamah itu, jika ia fikir patut, bolehlah sebagai ganti jaminan dari orang itu, melepaskannya apabila dia melaksanakan bon tanpa penjamin untuk kehadirannya seperti yang diperuntukkan kemudian daripada ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.