ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH



Seksyen 17. Pelantikan Setiausaha, Timbalan Setiausaha dan pegawai-pegawai Majlis

(1) Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah hendaklah menjadi Setiausaha.

(2) Setiausaha hendaklah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dan Pentadbir Majlis dan hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankan polisi-polisi dan ketetapan-ketetapan Majlis.

(3) Majlis hendaklah melantik seorang Timbalan Setiausaha dan beberapa orang pegawai Majlis yang hendaklah bertanggungjawab kepada Setiausaha untuk melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab tertentu Majlis sebagaimana difikirkan perlu oleh Majlis.

(4) Setiausaha adalah berhak menghadiri semua mesyuarat Majlis dan mengambil bahagian dalam perjalanan perbincangannya, tetapi tidak boleh mengundi.

(5) Setiausaha hendaklah menjadi ahli ex-officio Majlis yang bertindak sebagai Setiausaha dalam mesyuarat-mesyuarat Majlis.

(6) Setiausaha hendaklah tertakluk kepada arahan Majlis, bertanggungjawab bagi pentadbiran harian Majlis dan bagi melaksanakan apa-apa kuasa atau kewajipan yang ditentukan oleh Majlis.

(7) Timbalan Setiausaha hendaklah membantu Setiausaha dalam perjalanan kuasa-kuasanya dan perlaksanaan tugas-tugasnya di bawah Enakmen ini.

(8) Orang-orang yang sebaik sahaja sebelum mula berkuat kuasanya Enakmen ini memegang jawatan-jawatan Setiausaha, Timbalan Setiausaha atau pegawai-pegawai Majlis hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini, dianggap sebagai dilantik ke jawatan mereka masing-masing di bawah seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.