ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB VII - BIDANGKUASA MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH SYARIAH MENGENAI PERBICARAAN



Seksyen 68. Tempat perbicaraan di mana perbuatan menjadi suatu kesalahan oleh sebab berkaitan dengan kesalahan lain.

Jika sesuatu perbuatan adalah suatu kesalahan oleh sebab perkaitannya dengan apa-apa perbuatan lain yang juga adalah suatu kesalahan atau jika orang yang melakukannya itu berkebolehan melakukan suatu kesalahan, pertuduhan atas kesalahan yang pertama tersebut itu boleh dibicarakan oleh Mahkamah di dalam bidangkuasa tempatan di mana salah satu perbuatan itu telah dilakukan.

MISALAN

Suatu pertuduhan subahat boleh dibicarakan sama ada oleh Mahkamah di dalam bidangkuasa tempatan di mana subahat itu telah dilakukan atau oleh Mahkamah di dalam bidangkuasa tempatan di mana kesalahan yang disubahati itu telah dilakukan.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.