ENAKMEN 13 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 5 - PERUNTUKAN AM TENTANG PERBICARAAN



Seksyen 106. Kes bagi pihak pendakwa hendaklah diterangkan oleh Mahkamah kepada tertuduh yang tidak dibela

(1) Pada tiap-tiap perbicaraan jika dan apabila Mahkamah memanggil tertuduh untuk mengemukakan pembelaannya Mahkamah hendaklah, jika tertuduh tidak diwakili oleh Peguam Syarie, memberitahunya tentang haknya untuk mengangkat sumpah dan kesannya atau tentang haknya untuk memberikan keterangan bagi pihak dirinya sendiri, dan jika dia memilih untuk memberikan keterangan bagi pihak dirinya sendiri, hendaklah menarik perhatiannya kepada perkara-perkara utama dalam keterangan bagi pihak pendakwa terhadapnya supaya dia berpeluang untuk menjelaskannya.

(2) Kegagalan mana-mana tertuduh pada mana-mana perbicaraan untuk memberikan keterangan tidak boleh dijadikan perkara kritikan yang memburuk-burukkan tertuduh itu oleh pihak pendakwa.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.