ENAKMEN 17 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003
BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Permulaan Kepada Perkahwinan
Fasal 22. Catatan dalam Daftar Perkahwinan.
(1) Selepas sahaja akad nikah sesuatu perkahwinan dilakukan, Pendaftar hendaklah mencatatkan butir-butir yang ditetapkan dan ta’liq yang ditetapkan atau ta’liq lain bagi perkahwinan itu di dalam Daftar Perkahwinan.
(2) Catatan itu hendaklah diakusaksi oleh pihak-pihak kepada perkahwinan itu, oleh wali, dan dua orang saksi, selain daripada Pendaftar, yang hadir semasa perkahwinan itu diakadnikahkan.
(3) Catatan itu hendaklah kemudiannya ditandatangani oleh Pendaftar itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.