ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 94. Bila orang boleh dituduh bersama.

Jika lebih daripada seorang dituduh atas kesalahan yang sama atau kesalahan-kesalahan yang berlainan yang dilakukan dalam urusan yang sama atau jika seorang dituduh melakukan satu kesalahan dan yang lain bersubahat atau cuba melakukan kesalahan yang sama itu, mereka boleh dipertuduhkan dan dibicara bersama-sama atau berasingan sebagaimana difikirkan patut oleh Mahkamah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.