ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN VII - HADHANAH



Seksyen 79. Perlantikan penjaga oleh Mahkamah.

(1) Jika tidak ada penjaga di sisi undang-undang, kewajipan melantik seorang penjaga untuk melindungi dan memelihara harta anak itu adalah terletak ke atas Mahkamah dan pada membuat perlantikan Mahkamah hendaklah terutama sekali memberi pertimbangan kepada kebajikan kanak-kanak itu.

(2) Dalam menimbangkan apakah yang menjadi kebajikan bagi anak itu. Mahkamah hendaklah mengambil perhatian kepada umur dan jantina anak itu, watak dan kebolehan penjaga yang dicadangkan itu dan bagaimana karibnya persaudaraannya dengan anak itu, kemahuan, ibu-bapanya yang telah mati jika ada dan apa-apa hubungan penjaga yang dicadangkan itu yang sedia ada dan yang dahulu dengan anak itu atau dengan hartanya; tetapi jika anak itu telah mencapai umur mumaiyiz, Mahkamah boleh menimbangkan pilihannya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.