ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN II - PERATURAN-PERATURAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 14. Kuasa memecahkan mana-mana tempat untuk melepaskan dirinya.

Mana-mana Pegawai Penguatkuasa Syariah atau orang lain yang berkuasa menangkap bolehlah memecahkan mana-mana tempat untuk melepaskan dirinya sendiri atau mana-mana orang lain yang telah masuk ke tempat itu secara sah mengikut undang-undang kerana hendak menangkap seseorang dan telah terkurung di dalamnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.