ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 2002
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 2 - SAKSI
Seksyen 85. Keterangan suami, isteri, ibu atau bapa dan anak.
(1) Keterangan seorang suami terhadap isterinya dan keterangan isteri terhadap suaminya boleh diterima sebagai
syahadah
dan
bayyinah.
(2) Keterangan seorang anak terhadap ibu atau bapanya dan keterangan ibu atau bapa terhadap anaknya boleh diterima sebagai
syahadah
dan
bayyinah.
(3) Keterangan seorang suami bagi isterinya dan keterangan isteri bagi suaminya boleh diterima sebagai
bayyinah.
(4) Keterangan ibu atau bapa bagi anaknya dan keterangan anak bagi ibu atau bapanya boleh diterima sebagai
bayyinah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.