Tr. P.U. 4/2002
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M

BAHAGIAN IV



Seksyen 18. Zina Mahram.

(1) Zina mahram adalah kesalahan kerana melakukan persetubuhan antara lelaki dengan perempuan yang mengikut Syarak diharamkan perkahwinan.

(2) Sesiapa yang melakukan zina mahram jika dibuktikan zina hendaklah dihukum dengan hukuman hudud di bawah hukuman zina; jika pembuktian zina mengikut kehendak pembuktian zina tidak dapat diadakan tetapi persetubuhan boleh dibuktikan dengan apa-apa keterangan sama ada secara sains atau sebaliknya pesalah hendaklah dihukum dengan hukuman takzir.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.