ENAKMEN 16 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Fasal 56. Perlantikan Ketua Hakim Syarie.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan, di atas nasihat Majlis, boleh melantik seorang Ketua Hakim Syarie.

(2) Seseorang adalah layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika dia –

(3) Orang yang, sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa, memegang jawatan Ketua Hakim Syarie di bawah Enakmen terdahulu dan melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman hendaklah, apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, terus memegang jawatan Ketua Hakim Syarie seolah-olah dia telah dilantik di bawah subseksyen (1).

(4) Perlantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Warta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.