ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN IV - KESALAHAN



Seksyen 79. Hamil luar nikah.

(1) Sesiapa perempuan didapati hamil atau melahirkan anak diluar nikah adalah bersalah atas satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Seseorang perempuan yang melahirkan seorang anak penuh sifat kurang daripada enam bulan selepas dia berkahwin boleh disifatkan sebagai anak diluar nikah.

(3) Beban membuktikan bahawa seorang perempuan itu telah disetubuhi dengan cara syubhat atau sebagainya atau berkahwin dalam jangka masa yang boleh diterima menurut Hukum Syarak adalah terletak atas perempuan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.