ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB VIII - DARIHAL ADUAN KEPADA KADI



Seksyen 73. Pemeriksaan pengadu.

(1) Apabila seseorang Kadi mengambil ketahui akan suatu kesalahan apabila diadukan, Kadi itu hendaklah serta-merta memeriksa pengadu itu dengan bersumpah seperti Borang J dalam Jadual Pertama, dan kandungan pengaduan itu hendaklah dituliskan dan ditandatangani oleh pengadu itu dan juga oleh Kadi itu.
(2) Seksyen ini tidaklah dipakai bagi aduan mengenai suatu kesalahan, jika saman diminta dalam sesuatu kes saman, oleh seseorang Pegawai Penguatkuasa Syariah, atau oleh seorang penjawat awam yang bertindak atas sifat jawatannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.