ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991
BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN
Seksyen 32. Daftar yang tidak diakui di sisi Undang-undang.
Tiada seseorang, selain daripada mereka yang dilantik di bawah Seksyen 28, boleh-
(a)
menyimpan apa-apa buku yang mana adalah atau berupa sebagai suatu daftar yang disimpan mengikut Enakmen ini; atau
(b)
mengeluarkan kepada seseorang apa-apa dokumen yang mana adalah atau yang berupa sebagai suatu salinan surat perakuan bagi perkahwinan atau perakuan perkahwinan yang didaftarkan oleh Pendaftar.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.