ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991
BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXV - PEMINDAHAN KES-KES JENAYAH
Seksyen 199. Kuasa Hakim Mahkamah Tinggi Syariah memindahkan kes-kes.
Apabila nyata kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah-
(a)
bahawa perbicaraan yang adil dan tidak berat sebelah tidak boleh diadakan di mana-mana Mahkamah Rendah Syariah;
(b)
bahawa ada kemungkinan beberapa soalan undang-undang yang rumit akan berbangkit;
(c)
bahawa lawatan ke tempat di mana atau ke tempat yang berhampiran dengan tempat kesalahan itu telah dilakukan adalah diperlukan untuk membolehkan sesuatu perbicaraan diadakan dengan memuaskan;
(d)
bahawa arahan di bawah seksyen ini akan membawa kemudahan secara am kepada pihak-pihak atau saksi-saksi; atau
(e)
bahawa perintah itu suai-manfaat bagi mencapai keadilan, atau dikehendaki oleh mana-mana peruntukan Kanun ini,
Hakim itu boleh memerintahkan-
(i) supaya sesuatu kes jenayah tertentu dipindahkan dan dibicarakan di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah; atau
(ii) supaya seseorang itu dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah yang lain.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.